Peristiwa Bukit Kepong

Peristiwa Bukit Kepong
Sebahagian daripada Sejarah Malaysia dan Darurat Tanah Melayu
Tarikh23 Februari 1950 (1950-02-23)
Lokasi
Keputusan Kemenangan pihak komunis
Pihak yang terlibat

 United Kingdom  Tanah Melayu

Parti Komunis Malaya
Komandan dan pemimpin
Fail:Flag of the Royal Malaysian Police.svg Sarjan Jamil Mohd Shah (Ketua Balai Polis Bukit Kepong)
Ali Mustapha (Ketua kampung Bukit Kepong)
Mat Indera
Lek Tuan
Kekuatan
25 orang anggota polis 180 orang pengganas komunis
Kerugian dan korban

14 anggota polis terbunuh
5 orang polis bantuan

4 cedera
40 terbunuh

Orang awam 4 ahli keluarga anggota polis terbunuh
2 orang awam terbunuh

10 diselamatkan

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong ialah kejadian serangan komunis yang berlaku semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut, Balai Polis Bukit Kepong telah diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi (Waktu Malaysia Barat, jika sekarang 5.30 pagi - waktu yang telah diselaraskan bersama-sama Semenanjung, Sabah dan Sarawak sekarang) pada 23 Februari 1950.

Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam kejadian ini, 19 orang anggota polis dan sejumlah 40 tentera komunis telah terkorban.


Developed by StudentB